Kadang terasa pelik... apa yang nak disampaikan tak terkeluar dengan kata-kata... lantas perantara digunakan untuk menyampaikan hasrat dihati... agaknya lebih selesa berbicara menggunakan perantara atau pengganti bicara.
Itulah yang diluahkan oleh seseorang pencipta lagu... disertakan dengan melodi indah dan merdu bagi menguatkan lagi erti lagu berkenaan... menjadikan lebih bermakna bila diluahkan atau dinyanyikan.
Kata-kata seorang pujangga. Benar firasatnya itu. Andainya aku tidak mampu merangkai kata yang lebih indah dari puisi di dalam lagu, harus ku utuskan sahaja lagu itu sebagai bicara hati.
No comments:
Post a Comment